Peserta GSF 2.0 perlu nilai sendiri haram atau harus wanita Muslim sertai misi

Peserta GSF 2.0 perlu nilai sendiri haram atau harus wanita Muslim sertai misi

MOHAMAD Shukri Mohamed semasa menjawab soalan  pemberita ketika selepas Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-16 Tahun 2025 di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan sukarelawan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) perlu menilai sendiri sama ada harus atau haram penyertaan mereka, terutama wanita Muslim dan sudah berkahwin di dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa perang di Palestin.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pelbagai pihak boleh mengeluarkan pendapat mengenai penyertaan wanita Muslim di dalam misi kemanusiaan itu termasuk ‘lebih baik duduk di rumah dan jaga suami serta anak dan sebagainya’.

Katanya, namun pertimbangan akhir adalah terletak kepada empunya diri dan keluarga masing-masing yang perlu menilaikan antara mudarat dan manfaat mengikut neraca ajaran Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengikut kaedah Islam, mesti ada pertimbangan antara kesan buruk (mudarat) dan kesan baik (manfaat). Masing-masing boleh lihat dan mempertimbang sama ada lebih banyak mudarat atau manfaat.

“Kalau memudaratkan maka hukumnya haram tetapi jika lebih membawa kebaikan, hukumnya harus. Seperti disebut dalam ayat 195 surah Al-Baqarah; dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan,” katanya selepas Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-16 Tahun 2025 di Tunjong di sini hari ini.

Beliau berkata, isteri-isteri yang menyertai misi GSF 2.0 tanpa kehadiran suami boleh dianggap pergi bersama mahram apabila mengembara dalam sebuah pasukan disertai ramai individu, serta boleh dipercayai.

“Macam orang pergi haji. Walaupun suami tidak ikut tetapi kalau dia berada dalam pasukan yang diiktiraf boleh dipercayai dan selamat daripada fitnah, maka ia dikira pasukan mahram tetapi jika pasukan itu tidak selamat daripada fitnah, maka tidak boleh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini