Kelantan bentang projek segera kepada Anwar Sabtu ini

Kelantan bentang projek segera kepada Anwar Sabtu ini

MOHD. Nassuruddin Daud (tiga kiri) semasa merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-16 Tahun 2025 di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan membentangkan senarai projek keutamaan yang perlu disegerakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mesyuarat Tindakan dan Pembangunan Negeri, Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pembentangan itu diadakan bersempena lawatan rasmi pemimpin utama negara berkenaan ke negeri tersebut.

Katanya, Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra sebelum berangkat ke Pasir Puteh bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri hadir untuk merasmikan lapangan terbang yang baru disiapkan dan selepas itu berangkat ke Pasir Puteh untuk Mesyuarat Tindakan dan Pembangunan Negeri.

“Di situ nanti, kerajaan negeri akan membentangkan perkara-perkara berbangkit termasuk projek pembangunan yang perlu disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-16 Tahun 2025 di Tunjong, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bahawa pembinaan lapangan terbang tersebut telah siap sepenuhnya, termasuk kerja-kerja pemanjangan landasan.

Katanya, penyiapan projek itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Kelantan, terutama berikutan kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan antarabangsa.

“Kita merupakan negeri yang berjiran dengan Thailand. Apabila penerbangan antarabangsa secara terus dimulakan, limpahan ekonomi dijangka dapat dirasai rakyat negeri ini. Penduduk dari wilayah selatan Thailand sudah pasti akan menggunakan lapangan terbang ini, sekali gus merancakkan sektor pelancongan dan perdagangan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini