Bank Islam aktifkan Program Prihatin bantu pelanggan terjejas

Bank Islam aktifkan Program Prihatin bantu pelanggan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengaktifkan Program Prihatin bagi menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada pelanggan yang terjejas akibat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi.

Menurut kenyataan, inisiatif itu bertujuan meringankan tekanan kewangan segera, menyokong kesinambungan aliran tunai serta memperkukuh daya tahan pelanggan dalam tempoh ketidaktentuan.

“Bantuan disalurkan menerusi penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan individu dan perniagaan, dengan mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing.

“Di bawah Program Prihatin, pelanggan Pembiayaan Rumah-i, Peribadi-i dan Kenderaan-i yang layak boleh memohon penangguhan bayaran sementara, tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya.

Bank Islam mengakui impak ketidaktentuan geopolitik berbeza-beza terhadap individu dan perniagaan serta akan terus berubah.

“Bank kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan pelanggan dengan memahami keadaan khusus mereka serta menyediakan bantuan kewangan yang tepat pada masanya dan bersesuaian.

“Bagi memastikan akses kepada sokongan lebih mudah, permohonan boleh dibuat melalui pelbagai saluran, termasuk ‘Bantuan & Sokongan Pembiayaan’ di laman web korporat Bank Islam atau melalui Pengurus Perhubungan masing-masing.

“Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan terdekat, menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900 atau e-mel ke [email protected],” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×