Cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat: Polis tahan suspek utama

Cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat: Polis tahan suspek utama

Thanaphat Wattanapinyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Suspek utama yang menjadi dalang disebalik cubaan bunuh Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Kamonsak Leewamoh atau Wan Johan ditahan ketika sedang bersembunyi di Wilayah Prachuap Khiri Khan semalam.

Thanaphat Wattanapinyo, merupakan anggota renjer yang bertugas di Wilayah Narathiwat sebelum ini ditahan semasa cuba melarikan diri ke Bangkok.

Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Polis Prayong Kotrasakha berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku telah diupah untuk membunuh Wan Johan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan masih diteruskan. Susulan itu, kita akan terus memburu seorang lagi suspek bagi membantu siasatan,” katanya semasa sidang media di Kem Sirinthon, Yarang di sini, hari ini.

Prayong memberitahu, setakat ini empat individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, empat individu ditahan itu ialah Somporn Langdech; Alawi Awae; Sunthorn Promphakdi dan terbaru, Thanaphat.

Sementara itu, Pengarah Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4, Leftenan Jeneral Norathip Poynok menegaskan tentera tidak terlibat dalam cubaan bunuh Wan Johan.

Utusan Malaysia 20 Mac lalu melaporkan, Kamonsak terselamat dalam cubaan bunuh di hadapan rumahnya di Mukim Bacho, Daerah Bacho, di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, seorang anggota polis yang juga sepupu Kamonsak, Sarjan Polis Harirak Heemmina, 43, dan pemandu, Uchalam Kohloh, 55, cedera parah terkena beberapa das tembakan.

Difahamkan, ini adalah kali pertama dalam hampir 20 tahun seorang pemimpin politik utama yang mewakili penduduk Selatan Thai diserang dan cuba dibunuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini