‘Harap keadilan buat Wan Ahmad Faris’

‘Harap keadilan buat Wan Ahmad Faris’

ALLAHYARHAM WAN AHMAD FARIS WAN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ibu kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan tergantung dalam tandas asrama sebuah sekolah di Kok Lanas pada Disember 2013, berharap pendengaran kes di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Selasa ini, dapat memberi keadilan buat anaknya itu.

Ruhani Hussin, 71, berkata, ia bukan sekadar proses perundangan sebaliknya menjadi sinar harapan buat seluruh keluarga selepas melalui fasa yang penuh emosi dalam mendapatkan keadilan buat Allahyarham.

Katanya, pendengaran semula kes itu memberi harapan baharu dalam merungkai punca sebenar membawa kepada kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini banyak perkara misteri dan tidak terjawab. Saya harap proses ini memberi ruang kepada kami mendapat keadilan.

“Saya hanya mahukan keadilan untuk arwah anak. Sudah lama kami menunggu saat ini dan berharap segala persoalan terbuku akhirnya terjawab,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ruhani berkata, sebagai seorang ibu, kehilangan anak dalam keadaan yang belum terungkai sepenuhnya sangat perit untuk dilalui.

Katanya, perjuangan mendapatkan keadilan tidak pernah luntur walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Setiap hari saya berdoa semoga Allah memberikan keadilan buat Wan Ahmad Faris,” katanya.

Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris ditemukan tergantung dalam tandas asrama sekolah, namun laporan bedah siasat ketika itu mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tanpa unsur jenayah.

Bagaimanapun, pada Jun 2016, Mahkamah Koroner memutuskan pelajar itu sebenar­nya dibunuh oleh individu yang masih belum dikenal pasti identitinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini