Dua lelaki ditahan, 4,000 liter diesel diseleweng di Sungai Petani

Dua lelaki ditahan, 4,000 liter diesel diseleweng di Sungai Petani

KPND menggagalkan kegiatan memindahkan minyak diesel secara tidak sah di kawasan lapang Kebun Tebu, Pekan Lama di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan memindahkan minyak diesel secara tidak sah di kawasan lapang Kebun Tebu, Pekan Lama di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang itu, anggota penguat kuasa KPDN mendapati dua lelaki sedang memindahkan bahan api berkenaan daripada sebuah lori kargo yang dilengkapi tangki Intermediate Bulk Container (IBC) ke dalam sebuah lori tangki.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang permit atau kebenaran sah bagi menyimpan barang kawalan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, pihak KPDN telah menyita kira-kira 4,000 liter minyak disyaki diesel dengan nilai anggaran RM24,080, selain merampas kenderaan itu, tiga tangki IBC serta peralatan yang digunakan untuk memindahkan diesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM176,680 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). 

Mengulas lanjut, Muhammad Nizam berkata, sejak pelancaran Op Tiris 4.0 pada 16 Mac lalu, KPDN Kedah telah melaksanakan 5,632 pemeriksaan premis di seluruh negeri.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak 21 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan dianggarkan RM875,893,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini