TVET KPM bukan lagi pilihan kedua

TVET KPM bukan lagi pilihan kedua

FADHLINA Sidek (tengah) beramah mesra dengan para graduan yang menerima anugerah khas pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Kali Ke-10 Tahun 2025 di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) kini telah mencapai tahap arus perdana dan bukan lagi sebagai pilihan kedua bagi pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian itu berpandukan kepada kadar kebolehpasaran graduan TVET yang telah mencecah 99.91 peratus pada tahun 2024.

Katanya, pencapaian itu telah mendorong permintaan yang tinggi dalam permohonan untuk memasuki kolej vokasional (KV) di bawah KPM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada 28,098 permohonan pada tahun 2022, ia telah meningkat kepada 58,263 permohonan pada tahun 2026 berbanding kapasiti hanya 17,912 tempat.

“Ini memberi isyarat yang jelas bahawa keyakinan rakyat terhadap TVET semakin kukuh,” katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Kali Ke-10 Tahun 2025 di Nilai dekat sini hari ini.

Fadhlina menarik perhatian, kadar kebolehpasaran graduan TVET itu menunjukkan bahawa mereka kini telah mencapai tahap sangat tinggi daripada segi kemahiran dan dibantu oleh ekosistem pendidikan tersebut.

Tambahnya, kejayaan TVET turut dibantu oleh penglibatan industri yang sangat penting terutamanya dalam menentukan hala tuju pendidikan tersebut.

“Kita memang sentiasa melakukan kemas kini dengan industri supaya keperluan dan kursus-kursus yang kita laksanakan di peringkat KV khususnya menepati apa yang industri mahukan,” ujarnya.

Majlis konvokesyen kali ini dilaksanakan mengikut zon, melibatkan 10,808 graduan daripada 84 kolej vokasional merangkumi 32 program pengajian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini