Operasi berskala besar gempur kilang e-waste

Operasi berskala besar gempur kilang e-waste

AZAM Baki ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di Putrajaya hari ini-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan penguatkuasaan berskala besar secara bersepadu akan digerakan dalam menangani kes sisa elektronik (e-waste).

Operasi secara bersepadu diketuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut akan menyasarkan tindakan membabitkan e-waste yang berada di premis kilang dan sebagainya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan ini dibuat secara pasif untuk memastikan mana-mana tempat yang ada e-waste diambil tindakan secara impak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita melalui Pasukan Petugas Khas akan menguatkuasakan undang-undang secara berterusan terutama di Pelabuhan Klang,” katanya ketika ditemui dalam Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di sini hari ini.

Tambah Azam, pasukan ini juga akan melihat kepada pelabuhan lain seperti di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang untuk terus dipantau mengenai kemungkinan besar kontena e-waste ini akan cuba menyusup masuk.

“Setakat ini belum ada kes, cuma yang berlaku di Pelabuhan Klang. Ada kira-kira 800 lebih lagi kontena (e-waste) masih terbengkalai di Pelabuhan Klang.

“Tindakan untuk melupuskan sedang dijalankan iaitu dengan cara menghantar balik ke negara terbabit yang mengeksport ke negara kita,” jelasnya.

Tambah Azam, pelupusan secara mengikut undang-undang yang mana agensi terlibat ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)  serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mengulas mengenai sisa plastik pula, kata Azam, libat urus akan dibuat SPRM dengan pelbagai pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melihat keperluan pengimportannya ke dalam negara.

“Kita lihat adakah ada keperluan import sisa plastik ini. Sekiranya perlu berapa banyak Kuota sedang diteliti dan kita akan buat libat urus untuk pastikan berapa kuota yang dibenarkan dibawa masuk.

“Sisa plastik juga melibatkan pencemaran alam sekitar. Kita perlu membuat satu formula bagaimana pengurusan sisa plastik dibuat secara baik,” ujarnya.

Semalam, kerajaan mengumumkan larangan mutlak terhadap pengimportan e-waste ke negara ini.

Langkah tegas itu dilaksanakan melalui pewartaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 3) 2026 [P.U.(A) 151/2026] yang diletakkan di bawah Jadual Pertama perintah berkenaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Amran Ahmad berkata, keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bilangan 2 Tahun 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini