NARATHIWAT (THAILAND): Ketua Hal Ehwal Keselamatan Daerah Chanae dan rakan wanitanya maut selepas ditembak sebanyak 68 das dalam kejadian di Ban Sue, Mukim Dusongnyo, Daerah Chanae, di sini, semalam. Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, Monchai Jitkamolkarn, 30-an, dan rakannya, Haidah Buehraheng, 27, maut di lokasi selepas ditembak dengan senjata perang jenis raifal M16 dan AK47. Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, serangan dipercayai…










