‘Ukur baju’ sebelum bertanding kerusi Presiden FAM

‘Ukur baju’ sebelum bertanding kerusi Presiden FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang berhasrat untuk menjawat jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memahami secara mendalam peranan serta fungsi kerusi nombor satu badan induk itu sebelum membuat keputusan untuk bertanding.

Menurut sumber terdekat badan induk itu, mana-mana individu yang bercadang untuk bertanding perlu terlebih dahulu menilai keupayaan diri dari sudut kepimpinan, pengalaman serta sumbangan kepada pembangunan bola sepak tanah air.

Katanya, jawatan Presiden FAM bukan sekadar kedudukan berprofil tinggi malah memerlukan komitmen jangka panjang dalam merangka dasar, mengurus pentadbiran serta memastikan hala tuju bola sepak negara berada pada landasan yang tepat.

“Nak bertanding jawatan untuk kerusi Presiden FAM bukan sekadar cakap sahaja. Kalau betullah ada individu yang bertanding, dia sudah mulakan gerak kerja dengan mengadakan pertemuan bersama ahli gabungan.

“Kalau betul ada individu yang nak bertanding, bukan sekadar bercakap sahaja. Jangan cuba meraih populariti daripada jawatan itu. Sebaliknya, cuba lihat apakah nilai tambah yang boleh diberikan kepada ahli gabungan dan FAM itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, timbul beberapa nama yang dikaitkan dengan kerusi panas FAM itu termasuklah beberapa nama tokoh korporat tempatan.

FAM kini tanpa pemimpin selepas semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta, 28 Januari lalu sebagai langkah berhemah dan berprinsip susulan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN