Alonso ganti Slot di Anfield?

Alonso ganti Slot di Anfield?

Xabi Alonso
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Xabi Alonso dilaporkan bersedia membuka lembaran baharu bersama Liverpool FC bagi menggantikan Arne Slot yang kini dalam tekanan memuncak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Slot berdepan situasi sukar selepas kekalahan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini susulan tewas kepada Brighto sekali gus menyaksikan pasukannya ketinggalan dalam perebutan kelompok empat terbaik.

Prestasi tidak menentu itu menyaksikan kedudukan jurulatih dari Belanda berkenaan semakin goyah ketika juara bertahan liga itu berisiko gagal mempertahankan kejuaraan.

Menurut laporan media Jerman, pengurusan Liverpool sudah menyenaraikan Alonso sebagai calon utama untuk mengisi kerusi panas di Anfield.

Legenda The Reds itu juga dikatakan terbuka untuk kembali ke kelab yang pernah menyaksikan beliau mencipta kejayaan gemilang sebagai pemain selama lima musim.

Namun, rundingan dijangka tidak mudah apabila aspek kewangan serta syarat kontrak perlu dipenuhi termasuk permintaan kuasa penuh dalam pembentukan skuad.

Dalam masa sama, bekas pengendali Bayer Leverkusen itu tidak bercadang mengambil alih pasukan sebelum tirai musim semasa dilabuhkan.

Difahamkan, Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool, Michael Edwards sudah lama memantau perkembangan Alonso sejak era Jurgen Klopp dengan peluang kini dilihat semakin terbuka untuk merealisasikan hasrat tersebut. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN