Jangan buka aib di media sosial 

Jangan buka aib di media sosial 

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua umat Islam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi hukum Syarak serta menjaga batas agama dan maruah diri daripada melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, perbuatan yang melanggar hukum seperti bertatu tidak sewajarnya dinormalisasikan oleh masyarakat. 

Beliau menegaskan bahawa setiap individu Muslim hendaklah memelihara iman dan maruah dengan mengelakkan perbuatan membuka aib di media sosial ketika berhadapan dengan masalah. 

“Sebagai umat Islam, kita hendaklah memelihara iman dan maruah, serta mengelakkan daripada membuka aib di media sosial ketika mempunyai sebarang masalah, sebaliknya berusaha mendapat bantuan sewajarnya daripada pakar,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui KSKCare Centre (KSKCC) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kini menyediakan khidmat nasihat secara percuma.

“Inisiatif tersebut merangkumi perkhidmatan kaunseling Syarie dan terapi bagi membantu mereka yang memerlukan bimbingan profesional.

“Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi MyCareJAKIM di talian 03-8870 7538, 03-8870 7460 atau 03-8870 7454,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×