PETALING JAYA: Tiga daerah di Kedah masih mencatatkan status gelombang haba Tahap 2 selepas merekodkan suhu maksimum tinggi selama tiga hari berturut-turut.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), setakat pukul 6 pagi tadi, kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling, manakala 16 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1.
“Status Tahap 2 dicapai apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.
Dalam masa sama, 16 kawasan diletakkan di bawah Tahap 1 iaitu Perlis; Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak; serta Jerantut dan Raub di Pahang.
“Status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya. – UTUSAN










