Penerbangan ke Dubai hampir tiada penumpang - Utusan Malaysia

Penerbangan ke Dubai hampir tiada penumpang

BEBERAPA penerbangan ke Dubai hampir tiada penumpang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Beberapa penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hampir tiada penumpang ketika kebimbangan mengenai keselamatan ruang udara semakin memuncak susulan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran.

Menurut laporan akhbar Wall Street Journal, sekurang-kurangnya 39 pesawat penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai telah mendarat atau berlepas dalam tempoh hanya lima minit selepas amaran serangan dikeluarkan semasa perang berlaku.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya lima pesawat yang sedang diletakkan di beberapa lapangan terbang di Asia Barat dilaporkan terkena serangan dari Iran, ketika bedilan berterusan terus menggegarkan wilayah berkenaan.

Beberapa keping gambar dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan barisan tempat duduk yang kosong dalam pesawat menuju ke Dubai.

“Saya tidak pernah melihat penerbangan (syarikat) Emirates sekosong ini,” tulis seorang pengguna.

Isnin lalu, Lapangan Terbang Dubai terpaksa ditutup sementara selepas sebuah dron milik Iran merempuh tangki bahan api, sehingga mencetuskan kebakaran besar. 

Penutupan itu menyebabkan kepulan asap hitam dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer, selain memaksa jalan-jalan menuju ke lapangan terbang ditutup dan penerbangan dilencongkan.

Penerbangan Emirates dari lokasi sejauh Melbourne, Sydney dan Thiruvananthapuram di India terpaksa berpatah balik dan mendarat semula di bandar tempat ia berlepas. 

Sepanjang tempoh krisis itu, syarikat penerbangan Emirates menasihatkan penumpang agar tidak melakukan perjalanan, manakala sebahagian penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum yang lebih kecil di Jebel Ali.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai, penggantungan operasi itu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan susulan serangan dron tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa segera menggunakan media sosial untuk menenteramkan orang awam dengan menyatakan bahawa serangan tersebut hanya menyebabkan kerosakan minima tanpa sebarang kecederaan, selain merujuk kebakaran itu sebagai insiden berkaitan dron. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×