Tanamera Roll On bantu kualiti tidur, melegakan nafas - Utusan Malaysia

Tanamera Roll On bantu kualiti tidur, melegakan nafas

Mudah dibawa ke mana sahaja dan digunakan apabila perlu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAU-bauan segar dapat memberikan ketenangan bagi meningkatkan mood dan suasana selain menjadikan tubuh badan sihat serta emosi yang lebih terkawal.

Kewujudan pelbagai aroma di pasaran telah digunakan secara meluas kerana percaya keistimewaannya mempengaruhi persekitaran termasuk meningkatkan produktiviti dan merubah emosi ke arah lebih baik serta memberi kesan kepada tubuh manusia.

Bagi penggemar produk aromaterapi berasaskan herba dan natural, pastinya memiliki aromaterapi roll on atau gelek yang mudah dibawa ke mana sahaja dan digunakan apabila perlu.

Terdapat dua jenis aromaterapi roll on terbaharu produk keluaran Tanamera yang dapat membantu kualiti tidur, menenangkan fikiran, mengurangkan gejala berkaitan dengan insomnia ringan dan sinus.

Rangkaian Tanamera Roll On diperkaya dengan campuran minyak pati yang dicairkan dengan minyak tumbuhan yang sejuk dan boleh disapukan terus ke kulit.

Tanamera Sleep Roll On sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan tidur nyenyak dan bangun pagi dengan rasa yang segar. Aramoterapi jenis ini mengandungi campuran terapeutik daripada lima jenis minyak pati. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai anxiety dan disapu sebelum tidur.

Manakala bagi Tanamera Sniffles Roll On pula membantu melegakan pernafasan. Ia mempunyai campuran 11 minyak pati yang kompleks direka untuk mengurangkan batuk, selesema, kesesakan hidung, hidung berair dan tersumbat atau kerap bersin. Kombinasi 11 minyak pati antaranya papermint, minyak camphor, thyme, rosemary dan eucalpytus memberi kelegaan kepada mereka yang mempunyai masalah sinus.

Untuk hasil terbaik, sapukan pada dada, dahi, pelipis, pergelangan tangan, telapak tangan, kaki dan tapak tangan dengan menghidu atau menarik nafas secara dalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×