Jenazah tiga beranak dikebumi satu liang lahad

Jenazah tiga beranak maut kemalangan di Jerangau dikebumi satu liang lahad

Jenazah Nurul Hafizah Shaary bersama dua anaknya yang maut dalam kemalangan Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor dekat Felda Jerangau, Dungun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan do Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor dekat Felda Jerangau, Dungun petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad, hari ini.

Jenazah Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anak lelakinya, Mohd. Redzuan Arash Mohd. Redzuan, 13, serta anak perempuan bongsunya. Nur Radya Athalia, 4, selamat dikebumikan kira-kira pukul 6.15 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, di sini.

Terdahulu jenazah tiga beranak itu dibawa pulang dari Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas selesai operasi bedah siasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seterusnya kesemua jenazah tersebut  dibawa ke Pusat Pengurusan Jenazah Haji Sheikh di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu untuk dimandikan sebelum di bawa ke Masjid AL-Ridhwan Sungai Tong bagi solat jenazah.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila lebih 200 kenalan termasuk ahli keluarga memenuhi tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, tiga beranak itu dilaporkan maut selepas kenderaan jenis Perodua Arus terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini