Subsidi melonjak RM3.2 bilion dalam seminggu

Subsidi melonjak RM3.2 bilion dalam seminggu, kerajaan lindungi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbelanjaan subsidi bahan api melonjak mendadak daripada kira-kira RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan tekanan harga minyak global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah segera itu diambil bagi melindungi kebajikan rakyat ketika kos sara hidup berdepan tekanan akibat perkembangan semasa.

Menurut beliau, ketegangan yang menjejaskan Selat Hormuz, laluan utama perdagangan minyak dunia, mula memberi kesan kepada rantaian bekalan global apabila gangguan di kawasan tersebut menyebabkan bekalan menjadi terhad dan harga melonjak.

“Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz.

“Walaupun Malaysia merupakan pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang dieksport,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan meningkatkan subsidi dalam tempoh singkat bagi memastikan rakyat terus dilindungi daripada kenaikan harga bahan api.

“Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel.

“Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan Kerajaan Madani,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×