Liverpool, Chelsea tergelincir perlumbaan ke Liga Juara-Juara

Liverpool, Chelsea tergelincir perlumbaan ke Liga Juara-Juara

Penyerang Everton, Beto (kiri) meraikan jaringan gol menentang Chelsea dengan rakan sepasukan di Stadium Hill Dickinson, Liverpool, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea gagal mengambil kesempatan atas satu lagi kemerosotan Liverpool dalam perlumbaan layak ke Liga Juara-Juara musim depan apabila dibelasah 3-0 oleh Everton dan kekal di luar kelompok lima teratas.

Juara bertahan Liverpool sebelum itu tewas 1-2 kepada Brighton dalam perlawanan awal, kekalahan ke-10 mereka dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana yang hambar.

Namun, kekalahan besar Chelsea di Stadium Hill Dickinson memberi harapan baharu kepada beberapa kelab di bawah mereka, termasuk Everton sendiri, Brentford dan Fulham yang menewaskan Burnley 3-1 yang sedang bergelut dengan penyingkiran.

Lima pasukan teratas Liga Perdana hampir pasti akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan berikutan prestasi kukuh kelab-kelab England di pentas Eropah.

Arsenal menjadi pilihan utama untuk menjuarai Liga Perdana buat kali pertama sejak 2004, manakala Manchester City di tempat kedua jauh meninggalkan seteru sekota Manchester United.

United, yang seri 2-2 dengan Bournemouth, kelamrin berada empat mata di hadapan Aston Villa di tempat keempat, yang akan menentang West Ham yang sedang bergelut pada Ahad.

Liverpool tiba di pesisir selatan yang cerah selepas mencatat kemenangan agregat 4-1 ke atas Galatasaray di Anfield pada pertengahan minggu untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Namun, mereka mudah ditewaskan Brighton kendalian Fabian Hurzeler, dengan penyerang berpengalaman Danny Welbeck menjaringkan dua gol, diapit oleh gol cantik Milos Kerkez untuk pelawat.

Pengurus Liverpool, Arne Slot menyalahkan ketiadaan pemain utama akibat kecederaan serta jadual padat selepas aksi Liga Juara-Juara sebagai punca kekalahan tersebut.

Jurulatih dari Belanda itu tanpa penjaga gol Alisson Becker dan penyerang Mohamed Salah di Stadium Amex manakala penjaring terbanyak Hugo Ekitike terpaksa dikeluarkan awal akibat kecederaan.

Kekalahan itu menyaksikan juara bertahan hanya mengutip satu mata daripada sembilan perlawanan terakhir, selepas bolos lewat dalam kekalahan 2-1 kepada Wolves dan seri 1-1 di laman sendiri menentang Tottenham minggu lalu.

“Bermain di Brighton adalah perlawanan yang sukar untuk mana-mana pasukan, terutamanya jika kehilangan beberapa pemain yang sangat berpengaruh,” kata Slot.

“Sudah tentu sekarang, melihat kedudukan liga, kekalahan ini sangat menyakitkan dan memang sepatutnya dirasai begitu.”

Liverpool masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA tetapi berdepan kemungkinan menamatkan musim tanpa trofi, dengan perlawanan suku akhir yang mencabar menentang Paris Saint-Germain dan Manchester City menanti. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×