Tunggakan sewa perumahan awam DBKL mencecah RM14 juta - Utusan Malaysia

Tunggakan sewa perumahan awam DBKL mencecah RM14 juta

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah tunggakan sewa melibatkan 51 Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur kini mencecah RM14 juta, manakala tunggakan bil air pula berjumlah RM12 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, keadaan itu tidak adil kepada individu lain yang sedang menunggu giliran untuk menghuni PA dan PPR di ibu kota.

“Tidak adil bagi mereka apabila ada penghuni yang menikmati kemudahan ini tetapi enggan menjelaskan tunggakan sedangkan kadar sewa adalah rendah iaitu RM124 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar di PA Hang Tuah, Kuala Lumpur hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan keperluan asas penghuni PA dan PPR terus terjamin termasuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini, jalan di sekitar PA dan PPR hanya ditampal, namun kini DBKL melaksanakan inisiatif menurap sepenuhnya jalan bagi keselesaan penghuni,” katanya.

Sehubungan itu, Hannah berharap penghuni terlibat dapat menjelaskan tunggakan sewa dan bil air selepas pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh DBKL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini