Dua lelaki ditahan seleweng diesel

Dua lelaki ditahan seleweng diesel

DUA lelaki ditahan dengan pelbagai barangan disyaki berkaitan penyelewengan minyak diesel bernilai lebih RM350,000 turut dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua orang lelaki ditahan dengan pelbagai barangan disyaki berkaitan penyelewengan minyak diesel bernilai lebih RM350,000 turut dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Komander Pasukan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md. Yusof berkata, penahanan itu dibuat oleh PSP Bukit Aman menerusi serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 2.00 petang.

“Operasi dijalankan hasil maklumat risikan serta menerusi hasil pemeriksaan di lokasi, menemui beberapa peralatan dan tangki yang disyaki digunakan untuk menyimpan serta memindahkan minyak diesel.

“Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas sebuah lori bonded, beberapa buah tangki simpanan termasuk tangki jenis IBC yang disyaki mengandungi minyak diesel serta beberapa peralatan berkaitan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan, cecair disyaki minyak diesel serta peralatan adalah berjumlah RM359, 207,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rosli, hasil rampasan daripada operasi itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 bagi memastikan pihak terbabit diambil tindakan mengikut undang-undang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×