Ketepatan kunci utama GP China

Ketepatan kunci utama GP China

Pemandu pasukan Mercedes, George Russell dijangka menerima tentangan lebih sengit dalam perlumbaan Grand Prix Shanghai minggu ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Era baharu Formula Satu (F1) memasuki tahap lebih mencabar dengan perlumbaan pecut pertama musim ini di Grand Prix (GP) China pada hujung minggu ini dijangka memberi ujian berbeza berbanding pembuka musim di Melbourne.

Di Melbourne, George Russell menjuarai perlumbaan bagi Mercedes diikuti rakan sepasukannya, Kimi Antonelli manakala Ferrari gagal menyaingi keunggulan Silver Arrows dengan Charles Leclerc dan Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di belakang.

Litar Antarabangsa Shanghai menampilkan satu laluan lurus panjang dan beberapa selekoh, menuntut pendekatan berbeza terhadap pengurusan bateri dan penjanaan tenaga dalam kereta baharu yang menggunakan kuasa 50 peratus konvensional dan 50 peratus elektrik.

Dengan hanya satu sesi latihan sebelum perlumbaan pecut, pasukan menghadapi cabaran besar untuk persediaan kereta dan strategi perlumbaan.

Kimi Antonelli menegaskan, kejayaan di Shanghai bergantung kepada kepantasan dan ketepatan setiap pasukan.

“Shanghai adalah pentas yang menentukan, kita hanya ada satu peluang untuk sesi latihan sebelum kelayakan. Segala langkah mesti tepat, segala strategi mesti sempurna.

“Sebarang kesilapan kecil boleh menukar segalanya dalam sekelip mata. Ini bukan masa untuk tergopoh-gopoh, ini masa untuk bertindak dengan ketepatan maksimum,” kata Antonelli. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN