Program Pegawai Integriti Bertauliah cegah salah guna rasuah

Program Pegawai Integriti Bertauliah cegah salah guna rasuah

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) bagi memperkukuh agenda pencegahan rasuah negara serta meningkatkan koordinasi strategik antara agensi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN).

“Mesyuarat tersebut turut menekankan kepentingan memperkasa usaha pencegahan rasuah melalui penyertaan semua pihak termasuk sektor awam, swasta dan masyarakat.

“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat JKKTN, saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

“Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, namun usaha ini perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, antara perkara dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah, pengukuhan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi.

“Kerajaan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat serta memperteguh keyakinan terhadap institusi negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×