Bekas Naib Presiden PKR, Marina Yusoff meninggal dunia

Bekas Naib Presiden PKR, Marina Yusoff meninggal dunia

MARINA Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Marina Yusoff meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun.

Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon Ida Nerina dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.16 petang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur akibat sakit tua.

Sepanjang hayatnya, Marina yang juga seorang bekas peguam dikenali sebagai usahawan dan tokoh politik wanita yang aktif dalam beberapa parti utama negara.

Beliau pernah bergiat dalam United Malays National Organisation (UMNO) sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan EXCO Wanita.

Marina kemudian menyertai Tengku Razaleigh Hamzah dalam menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 susulan krisis dalaman UMNO pada tahun 1987.

Selepas pembubaran Semangat 46, beliau kembali menyertai UMNO sebelum mengambil keputusan menyertai PKR pada peringkat awal penubuhan parti itu dan dilantik sebagai Naib Presiden.

Bagaimanapun, beliau kemudian meletak jawatan daripada parti berkenaan atas faktor kesihatan serta untuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

Jenazah Allahyarham dijadualkan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×