Lelaki rosakkan cermin sisi kereta sudah ditahan

Lelaki rosakkan cermin sisi kereta sudah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menahan lelaki yang merosakkan cermin sisi sebuah kereta di kawasan Cheras dekat sini sehingga tular di media sosial tengah malam tadi.

Tangkapan terhadap suspek berusia 30 tahun dilakukan pada pukul 12.28 tengah malam tadi oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek dibawa ke mahkamah hari ini dan dibenarkan reman tiga hari sehingga Jumaat ini.

“Motif kejadian berlaku adalah disebabkan suspek marah apabila pemilik kenderaan Alza menghalang laluan keluar parkir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaa serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Muktimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesan lelaki yang merosakkan cermin sisi sebuah kereta di kawasan Cheras sehingga tular di media sosial.

Pengesanan itu dilakukan selepas laporan polis dibuat pada 8.40 malam tadi mengenai satu video tular.

Video berkenaan memaparkanseorang individu mematahkan cermin sisi sebuah kereta yang dimuatnaik di laman media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cyberjayaviral. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×