Insentif Aidilfitri RM1,000 untuk pengurus, penolong pengurus Nadi

Insentif Aidilfitri RM1,000 untuk pengurus, penolong pengurus Nadi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan insentif khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 2,196 pengurus dan penolong pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sumbangan sekali beri itu merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap golongan berkenaan.

“Sebelum ini, mereka tidak pernah menerima sebarang insentif sempena Aidilfitri atau mana-mana festival. Saya berasa terpanggil untuk memastikan mereka yang bekerja enam hari seminggu ini diberikan penghargaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka kadang-kadang menjadi pengasuh kepada anak-anak di komuniti Nadi, menjadi cikgu rujukan untuk usahawan, selain menjalankan kerja khidmat untuk komuniti di premis Nadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Raya Nadi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berkata, kesemua 1,098 Nadi di seluruh negara akan menganjurkan Bazar Raya secara serentak pada 14 Mac ini sebagai usaha memeriahkan sambutan Aidilfitri di peringkat komuniti.

Katanya, penganjuran Bazar Raya itu turut melibatkan sesi jualan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

“Inisiatif ini juga membuka peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk masing-masing dan merancakkan ekonomi komuniti menjelang Aidilfitri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini