JB terus jadi pilihan warga Singapura

JB terus jadi pilihan warga Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Beberapa pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini terus menjadi lokasi pilihan warga Singapura untuk membeli kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri.

Majoriti daripada mereka ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, mereka berbe­lanja untuk membeli set baju Melayu, baju kurung, pakaian baharu serta pelbagai jenis kuih muih dan aksesori rumah

Salah seorang yang ditemui, Mohamed Hyder Nashir, 45, berkata, dia mengambil cuti untuk ke Johor Bahru semata-mata bagi membeli barangan keperluan Aidilfitri bersama isteri dan anak-anaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang setiap tahun saya berkunjung ke Johor Bahru untuk beli keperluan raya. Biasanya kami akan beli satu set baju Melayu dan baju kurung termasuk songkok, tudung, butang baju Melayu serta kasut atau sandal.

“Anggaran perbelanjaan seorang hampir mencecah RM1,000, set baju Melayu seorang sahaja sudah RM200,” katanya yang merupakan seorang kakitangan kerajaan di republik berkenaan.

Tambah bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi, dia membuat keputusan untuk berbelanja di Johor Bahru kerana kadar tukaran matawang yang lebih menguntungkan rakyat negara berkenaan serta kepelbagaian pilihan produk yang terdapat di sini.

“Di Johor Bahru ada banyak pilihan pakaian termasuklah yang tular di media sosial. Jadi kami ambil kesempatan untuk berbe­lanja di sini.

“Selain pakaian, kami juga beli kuih raya memang banyak pilihan,” katanya.

Sementara itu, bagi golongan peniaga pula, ada di antara mereka mampu menjana jualan harian sehingga RM20,000 pada hujung minggu disumbang pembelian oleh warga Singapura.

Pemilik Kijul Food Supplier, Zulkifli Mohd. Hafan berkata, sejak lebih dua dekad berniaga di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, kira-kira 80 peratus pelanggannya datang dari negara itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini