Paydibs perkenal solusi COD terbaharu

Paydibs perkenal solusi COD terbaharu

TEE KEAN KANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan e-dagang tempatan, Paydibs telah memperkenalkan satu solusi untuk perkhidmatan bayar semasa terima (cash-on-demand (COD) terbaharu yang akan menggabungkan kedua-dua proses pembayaran dan penghantaran ke dalam satu aliran kerja yang lancar.

Dibangunkan melalui kolaborasi dengan pembekal logistik nasional, pelancaran COD tersebut dijangka bermula dengan satu rakan kongsi logistik berserta khidmat Pos Laju, diikuti pengembangan secara keseluruhan dalam suku tahun seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Paydibs, Tee Kean Kang berkata, COD telah diperkenalkan sebagai pilihan bayaran di halaman pembayaran eDagang Paydibs di mana bayaran secara COD, berserta pilihan-pilihan lain seperti kad dan perbankan dalam talian juga disediakan dengan mudah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, COD kekal menjadi pilihan banyak konsumer Malaysia kerana fleksibiliti pembayaran yang ditawarkan.

Namun begitu, pengurusan COD selalunya melibatkan banyak kerumitan operasi seperti pengesanan manual, pemprosesan pesanan berbelah-belah, dan cabaran dari segi pendamaian.

“Melalui satu dashboard sahaja, peniaga boleh mengurus kedua-dua pembayaran digital dan transaksi COD, memantau status pesanan, menjejaki kemajuan penghantaran serta mengakses maklumat penyelesaian dalam masa nyata,” katanya dalam kenyataan.

Kean Kang berkata, pelancaran COD juga dijangka akan meningkatkan kecekapan operasi dengan melaksanakan secara automatik aliran kerja penghantaran dan pemenuhan sebaik sahaja pesanan telah disahkan semasa pembayaran.

Menurut beliau, perkhidmatan COD terus memainkan peranan penting dalam ekosistem e-dagang Malaysia.

“Oleh itu, fokus kami adalah dalam membantu peniaga mengurangkan kerumitan operasi dengan menyediakan aliran pembayaran kepada penghantaran yang memperkemas proses daripada pembayaran kepada pemenuhan dan penyesuaian.

“Dengan mengurangkan geseran operasi dalam pengurusan COD, para peniaga boleh memberikan lebih tumpuan kepada mengembangkan perniagaan mereka sambil mengekalkan pengalaman pelanggan yang boleh dipercayai dan lancar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini