Pekasam ikan bongkok laris sempena Ramadan­

Pekasam ikan bongkok laris sempena Ramadan­

ABDUL Azhar Abdul Aziz menunjukkan ikan bongkok yang diproses dijadikan pekasam di Santuari Air Tawar Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis semalam.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Ikan pekasam kebiasaan menjadi pilihan sebagai pembuka selera khusus­nya waktu bersahur sepanjang Ramadan.

Lazimnya, pelbagai jenis spe­sies ikan dijadikan pekasam antaranya seperti lampam, sepat, puyu, haruan dan gelama.

Namun bagi seorang pengusaha, Abdul Azhar Abdul Aziz, 38, dia turut menjadikan ikan bongkok atau nama saintifik­nya Geophagus Surinamensis sebagai pekasam dan mendapat permintaan cukup tinggi pada setiap kali Ramadan.

Sepanjang Ramadan, Abdul Azhar mampu memasarkan sekitar 1,000 pek ikan pekasam dengan jualan mencecah sehingga RM5,000.

Dia yang mengusahakan perniagaan di Santuari Iman Air Tawar Timah Tasoh di sini berkata, ikan bongkok dianggap istimewa kerana isinya tebal dan lebih sedap dijadikan pekasam jika dibandingkan dengan ikan-ikan lain.

“Pekasam ikan bongkok ini juga hanya terdapat di Perlis dan itulah keistimewaan berbanding ikan lain. Ramai pelanggan dari Lembah Klang sanggup datang ke sini hanya untuk dapatkan pekasam ikan bongkok ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Abdul Azhar berkata, selain ikan bongkok, dia turut memasarkan beberapa spe­sies ikan lain untuk dijadikan pekasam antaranya seperti lampam, belida dan tilapia.

Katanya, permintaan terhadap pekasam dihasilkan pada tahun ini laris di mana orang ramai mula mendapatkan bekalan tersebut sebelum ketibaan Ramadan lagi.

“Pekasam dihasilkan itu istimewa kerana menggunakan beras berkualiti bagi memastikan rasa yang lebih enak sekali gus menaikkan aroma semasa digoreng,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×