Rafizi dedah peranan PM dalam isu pelaburan RM1b

Rafizi dedah peranan PM dalam isu pelaburan RM1b

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pelaburan RM1 bilion yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi mendakwa, Anwar sendiri yang meminta mereka menyusun pertemuan dengan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings.

Katanya, Perdana Menteri juga terlibat dalam mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemilik syarikat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang terbabit mesyuarat dengan CEO dan pemilik ARM pun PMX (Anwar) sendiri.Yang pengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri berkali-kali bincang dan luluskan perkara ini pun PMX sendiri.

“Yang rasmikan usaha sama ini pun PMX sendiri,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Sehubungan itu, beliau berkata, jika benar berlaku penyelewengan, individu pertama yang perlu dicari oleh SPRM ialah Anwar.

Katanya, pada masa sama, tindakan tersebut dengan mendakwa semua jentera kerajaan digerakkan bagi mengejar seorang individu hanya kerana plot politik dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjadi seperti yang diinginkan Perdana Menteri.

“Hanya kerana plot politik dalam PKR tak menjadi macam yang PMX nak, semua jentera kerajaan digerakkan kejar seorang budak,” katanya.

Rafizi berkata, beliau akan memberi respons lanjut berkaitan dakwaan penciptaan naratif terhadap bekas pembantunya, Chai Jin Shern atau James Chai yang didakwa sebagai pelarian kerana kononnya terlibat dalam skandal kewangan RM1.1 bilion.

“Tengah hari sikit nanti saya bagi respons pasal kegilaan SPRM nak cipta naratif James ini fugitive (pelarian) sebab konon terlibat skandal kewangan RM1.1 bilion,” katanya.

Terdahulu, SPRM menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu kepada Rafizi, James Chai bahawa suruhanjaya itu tidak pernah menghubunginya berhubung kertas siasatan yang dibuka.

SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan tersebut berkaitan satu perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurutnya, pegawai penyiasat SPRM telah membuat beberapa percubaan untuk menghubungi James Chai yang telah dikesan berada di United Kingdom, sebelum Notis Mengesan Individu dikeluarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×