Goh Choon Aik ganti Fahmi Zainol sebagai Exco Pulau Pinang

Goh Choon Aik ganti Fahmi Zainol sebagai Exco Pulau Pinang

GOH CHOON AIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu bagi menggantikan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang ditamatkan perkhidmatannya, hari ini.

Pejabat Ketua Menteri memaklumkan, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib telah memperkenan pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu.

“Pelantikan itu dibuat selaras dengan Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan akan berkuat kuasa bermula tarikh Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Mengangkat Sumpah Jawatan, Taat Setia dan Sumpah Rahsia,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fahmi digugurkan daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh yang mencadangkan penggantian bagi jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Fahmi didakwa di Mahkamah Majistret, Balik Pulau sengaja mencederakan isterinya dalam satu kejadian pada 22 Februari lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Pejabat Ketua Menteri berkata, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia dan Sumpah Rahsia akan diadakan kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat ini di Seri Mutiara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini