Eksport kayu sasar RM32.8 bilion menjelang 2030

Eksport kayu sasar RM32.8 bilion menjelang 2030

RAZALI Mohamad (empat kiri) ketika merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri kayu negara menyasarkan nilai eksport sebanyak RM32.8 bilion menjelang tahun 2030 selaras pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2030 (DAKN 2030) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, eksport perabot kayu negara menunjukkan pertumbuhan kukuh mencerminkan keupayaan industri menyesuaikan diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. 

Menurutnya, eksport kayu dan produk berasaskan kayu negara bernilai melebihi RM20 bilion setahun, dengan perabot kayu menyumbang kira-kira 43 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport sektor berkenaan.

“Perabot buatan Malaysia terus mendapat permintaan tinggi di pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah, Australia dan negara-negara ASEAN.

“Prestasi ini mengukuhkan lagi kedudukan industri kayu sebagai antara penyumbang utama eksport komoditi negara,” katanya yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Razali Mohamad pada perasmian Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2026 di sini, hari ini.

Menurut Noraini, dalam usaha mencapai sasaran kementerian bekerjasama rapat dengan beberapa agensi bagi memperluas akses pasaran, meningkatkan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memperkukuh amalan kelestarian.

Tambahnya, kerajaan juga memberi tumpuan kepada empat bidang utama iaitu memperkukuh bekalan bahan mentah mampan, menyokong peningkatan PKS, membangunkan tenaga profesional berkemahiran serta menggalakkan inovasi dan kecemerlangan reka bentuk.

Dalam pada itu, beliau berkata, industri tidak lagi boleh bersaing semata-mata berasaskan kos pengeluaran sebaliknya perlu menambah nilai melalui inovasi, penjenamaan dan reka bentuk bagi mengekalkan daya saing di pasaran antarabangsa.

“Reka bentuk bukan lagi elemen pilihan, tetapi pemacu utama pembezaan produk dan identiti jenama. Kita mahu dunia melihat bukan sahaja Made in Malaysia tetapi juga Designed in Malaysia,” katanya. 

Pada masa sama, katanya, pensijilan kelestarian seperti Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) yang diiktiraf Programme for the Endorsement of Forest Certification (PMIFF 2026 berlangsung dari 4 hingga 7 Mac 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×