KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli merasmikan Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira pukul 7 malam itu diiringi Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.
Selepas perasmian, Sultan Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga UPNM.
Baginda turut menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama warga universiti di masjid berkenaan.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Keberangkatan pulang baginda kira-kira pukul 8.10 malam menutup majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan sederhana.-UTUSAN











