SSM, UIAM jalin kerjasama strategik lahir graduan berdaya saing

SSM, UIAM jalin kerjasama strategik lahir graduan berdaya saing

OSMAN Bakar (dua kanan) dan Nor Azimah Abdul Aziz menunjukkan dokumen memorandum persefahaman yang ditandatangani di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengorak langkah dalam memperkasa modal insan negara menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, inisiatif itu membantu pelajar UIAM menerima penempatan latihan industri yang lebih berstruktur merangkumi bidang seperti undang-undang, teknologi maklumat, perakaunan dan pengurusan strategik.

Beliau berkata, langkah strategik itu juga untuk menghasilkan platform sokongan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar serta graduan universiti itu dalam menghadapi cabaran dunia kerjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain latihan industri, SSM juga menawarkan peluang pekerjaan dan program perantisan yang mempunyai laluan kerjaya yang progresif untuk mereka.

“Kita juga mahu memperkukuh penglibatan menerusi sesi perkongsian kerjaya, dialog bersama pengamal industri dan bimbingan keusahawanan secara terus kepada para pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mou tersebut ditandatangani oleh beliau bersama Rektor UIAM, Professor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar di universiti berkenaan.

Majlis disaksikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, Rezy Izwan Ramly dan Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin.

Kolaborasi tersebut membuka peluang kepada SSM untuk menyumbang kepakaran dalam sesi akademik dan forum industri, khususnya dalam memberi kefahaman mendalam mengenai aspek tadbir urus korporat serta pematuhan perundangan kepada warga universiti.

Tambah Nor Azimah, usaha sama tersebut dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik, malah memiliki nilai kebolehpasaran tinggi untuk menyumbang kepada ekosistem tadbir urus negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini