Bakal pengantin didenda RM2,000 simpan gambar lucah

Bakal pengantin didenda RM2,000 simpan gambar lucah

MUHAMMAD Nurhakim Ridzuan Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menyimpan gambar lucah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bakal pengantin didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan gambar lucah, Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Nurhakim Ridzuan Shah, 27, didakwa dalam simpanannya beberapa keping gambar lucah kira-kira pukul 3.15 petang di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Taman Batu Berendam Putra dalam daerah Melaka Tengah, 3 Ogos 2025.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan ia adalah kesalahan pertamanya dan mahu mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat, selain hanya bekerja sendiri, namun Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin memohon agar setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Majistret Uthman Abd. Ghani memerintahkan hukuman penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda, namun lelaki itu melunaskan bayaran tersebut.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki membuat laporan polis terhadap tertuduh yang didakwa mempamerkan kenderaan miliknya di Facebook milik tertuduh berserta kata-kata berunsur fitnah dan memalukan.

Susulan itu, pada 3 Ogos 2025, telefon bimbit milik tertuduh telah dirampas bagi membantu siasatan sebelum analisis forensik mendapati terdapat imej-imej lucah pada peranti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini