1.6 juta orang awam jadi mata, telinga PDRM

1.6 juta orang awam jadi mata, telinga PDRM

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1.6 juta orang awam menyertai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan komuniti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan mahu mengukuhkan kawalan sosial, mengurangkan ruang berlakunya jenayah dan meningkatkan kepercayaan antara masyarakat dengan polis.

Kata beliau, kerajaan menggunakan pendekatan kepolisan berorientasikan komuniti bagi mencapai tiga objektif iaitu penglibatan dan kerjasama komuniti, strategi berasaskan masalah serta keberadaan polis di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak cukup dengan itu, kita ada lagi inisiatif yang kita sebut VSP iaitu ada sermai 1.6 juta orang awam yang berdaftar dalam program sukarela ini dengan telefon mereka.

“Mereka akan menjadi mata dan telinga dengan melaporkan maklumat tentang potensi berlakunya jenayah, atau jenayah yang telah berlaku, sebagai pihak pertama yang menyampaikan maklumat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai strategi menangani peningkatan jenayah kecil dan jenayah harta benda di kawasan perumahan.

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan, Saifuddin berkata, mencuri kenderaan dan pecah rumah terkait dengan jenayah harta benda dan pihak polis akan membuat pemetaan bagi meneliti negeri, kawasan dan daerah mana yang mempunyai jumlah jenayah itu tertinggi.

“Misalnya, kalau saya ambil dua statistik yang terbaru dari 2024 ke2025 di seluruh negara, paling tinggi adalah Terengganu bagi data 2024, iaitu 9,223 kes, kemudian 2025 meningkat kepada 9,818 kes. Itu paling tinggi. Diikuti dengan Melaka, Perlis, Kedah, Selangor. Ini jenayah harta benda.

“Jenayah harta benda ini selalunya pelakunya tidak bersifat sebagai kumpulan jenayah terancang. Jadi dari segi statistik, data ini penting sebab ia memandu kita. Barulah kita nak padankan strategi pencegahan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini