Kegagalan usul had tempoh jawatan PM, satu contoh pengabaian amanah

Kegagalan usul had tempoh jawatan PM, satu contoh pengabaian amanah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri merupakan pengabaian oleh ahli Parlimen terhadap amanah rakyat.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Bahrin berkata, negara berdepan kerugian besar dalam usaha memastikan keseimbangan kuasa dan mencegah pemusatan kuasa berpanjangan.

Beliau berkata, ini kerana RUU itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang kritikal bagi memperkukuh sistem demokrasi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketidakhadiran tersebut disifatkan sebagai satu bentuk pengabaian terhadap amanah rakyat memandangkan ahli Parlimen memikul tanggungjawab besar untuk membuat dasar yang memberi kesan jangka panjang.

“Dalam kerangka negara rahmah, sifat kompeten, berintegriti dan berakauntabilti merupakan asas penting untuk memastikan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan tertakluk kepada had penggal demi tadbir urus yang telus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat gagal meluluskan pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun selepas RUU itu tidak memperoleh sokongan majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Dalam undian belah bahagi, seramai 146 ahli Parlimen menyokong RUU tersebut, 44 menolak manakala 32 tidak hadir

Badlishah berkata, peristiwa itu menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya lebih tegas dan konsisten dalam menyokong usaha reformasi yang memperkukuh integriti institusi negara.

“Reformasi tidak seharusnya menjadi slogan semata-mata, sebaliknya menuntut komitmen serta keberanian untuk setia kepada amanah rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini