Laporan bedah siasat belum siap, kes bunuh Suri Narudin disebut semula 7 April

Laporan bedah siasat belum siap, kes bunuh Suri Narudin disebut semula 7 April

ZAINIZAN Zainal diiringi anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Rembau selepas prosiding sebutan semula kes pembunuhan Suri Narudin hari ini. -UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes pembunuhan Suri Narudin.

Ia susulan laporan bedah siasat dan toksikologi yang belum diperoleh.

Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi memberitahu mahkamah, sepatutnya sebutan semula dibuat bagi laporan bedah siasat namun hasil laporan tersebut belum diperoleh serta hanya laporan kimia yang diperoleh setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding hari ini daripada tertuduh, Zainizan Zainal, 52, memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula bagi laporan bedah siasat dan toksikologi.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 26 Disember lalu atas pertuduhan membunuh Suri Narudin, 53.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh wanita itu di belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi, dalam daerah ini, antara 7 Disember hingga 18 Disember lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini