Kontraktor utama LRT3 berdepan penalti lebih RM474 juta

Kontraktor utama LRT3 berdepan penalti lebih RM474 juta

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontraktor utama Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Setia Utama LRT3 Sdn. Bhd. berdepan penalti kewangan atau liquidated and ascertained damages (LAD) sebanyak RM474,894,729 sehingga 31 Disember 2025 akibat gagal menepati jadual penyiapan projek.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, nilai LAD yang dikenakan ke atas kontraktor adalah RM2,729,280 bagi setiap hari kelewatan, bersamaan 0.024 peratus daripada jumlah harga kontrak.

“Jika dikira dari tamat Lanjutan Masa No. 2 pada 10 Julai 2025, jumlah hari kelewatan sehingga 31 Disember 2025 adalah sebanyak 174 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bermakna pihak kontraktor berhak dikenakan LAD secara kontraktual sebanyak RM474,894,729. Pihak kontraktor sedia maklum berkenaan LAD tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anthony menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkenaan jumlah LAD yang akan dikenakan terhadap kontraktor Setia Utama LRT3 Sdn. Bhd. setakat 31 Disember 2025 kerana tidak menepati jadual penyiapan LRT3 mengikut jadual.

Anthony berkata, kelewatan projek tidak semata-mata berpunca daripada kegagalan Siemens menyediakan perisian yang memuaskan mengikut jadual tetapi turut disumbang oleh beberapa faktor lain.

“Antaranya ialah kelewatan pelaksanaan ujian kritikal pakej sistem lain seperti sistem komunikasi, ujian integrasi sistem (SIT) serta beberapa siri kegagalan semasa pengujian larian tanpa gagal (FFR).
“Fokus utama pihak Prasarana buat masa ini adalah bagi menyelesaikan pengujian FFR yang berbaki lapan set tren,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini