39 anak yatim diraikan

39 anak yatim diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 39 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (Yayakem) menerima sumbangan duit raya serta pakaian Aidilfitri, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh syarikat peneraju industri pembelian emas, Fourkay Gold, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Sanusi Mohd. Isa berkata, inisiatif tersebut bertujuan menyantuni golongan memerlukan selain mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan harapan buat mereka dalam merasai kemeriahan Syawal seperti insan lain,” katanya.

Menurut Mohamad Sanusi, inisiatif itu secara tidak langsung memperlihatkan usaha pihaknya dalam memastikan pertumbuhan perniagaan berjalan seiring dengan tanggungjawab sosial yang berimpak dan berterusan kepada komuniti.

“Ia juga memperlihatkan kesungguhan kami dalam mengukuhkan kebajikan golongan memerlukan terutama anak yatim, agar mereka dapat menikmati kehidupan lebih selesa dan membina masa depan lebih cemerlang,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Yayakem, Datuk Mohd. Alias Mat Saman berharap sumbangan berkenaan dapat menyuntik semangat golongan sasar untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini