Malaysia berada dalam ‘radar’ pemantau kerana kecam Israel-AS

Malaysia berada dalam ‘radar’ pemantau kerana kecam Israel-AS

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat pihak luar yang sedang memantau Malaysia susulan kecaman keras terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan ke atas Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sidang Dewan Rakyat semalam mengundang perhatian dan Malaysia sudah berada dalam radar menilai negara-negara yang mengambil sikap terlalu keras.

“Saya tidak anggap keras, saya anggap adil. Saya anggap berkemanusiaan, ini satu langkah yang mempertahankan hak rakyat dan kebetulan itu di Iran, kita pertahankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi yang saya nak jelaskan ialah ia tidak mudah mematikan tohmahan bahawa kita itu nampak bersekongkol dengan kelompok-kelompok yang dianggap pro-pengganas, saya tidak boleh terima tohmahan sedemikian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan oleh Israel dan AS ke atas Iran yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.

Tindakan ganas itu mengakibatkan kematian pemimpin dan pegawai tinggi Iran serta 180 kanak-kanak, merupakan pelanggaran terhadap negara berdaulat dan merdeka.

Serangan berterusan Israel terhadap Iran, Lubnan, Iraq, Syria dan rakyat Palestin menunjukkan tindakan ketenteraan yang jelas melanggar ketetapan antarabangsa dan perlu ditentang secara tegas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini