RM15.5 bilion aset dipulihkan hasil banteras rasuah

RM15.5 bilion aset dipulihkan hasil banteras rasuah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasil memulihkan aset berjumlah RM15.5 bilion hasil tindakan tegas membanteras rasuah dan sindiket jenayah sejak 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat mendadak berbanding 2018 yang hanya merekodkan RM37 juta dan 2019 sebanyak RM1.2 bilion.

Beliau berkata, kejayaan itu dicapai menerusi Pasukan Tugas Khas Multi-Agensi yang membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu ia turut melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Bank Negara Malaysia.

“Tindakan penguatkuasaan diperkemas mengikut skala dan profil kes bagi mempercepat siasatan serta pemulihan aset,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan V. Ganabatirau (PH-Klang) yang memintanya menyatakan jumlah keseluruhan wang dan aset yang berjaya diperoleh semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun 2025 dalam kes-kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa

Menurut beliau, dari tahun 2023 hingga 2025, hasil pemulihan jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, membuktikan komitmen kerajaan memerangi rasuah.

Anwar berkata, tindakan turut membabitkan kes berprofil tinggi termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia dan siasatan terhadap pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar.

Katanya, operasi dijalankan di seluruh negara termasuk Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bagi mematahkan sindiket yang bertapak sekian lama.

Beliau menegaskan semua siasatan dijalankan secara telus dan mengikut peraturan bagi memastikan integriti pentadbiran negara terus diperkukuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini