400 talam gulai daging kawah disedia untuk berbuka puasa

400 talam gulai daging kawah disedia untuk pengunjung berbuka puasa

Para pengunjung Karnival Mahabbah Ramadan Syawal di Bertam Square, Kepala Batas, Pulau Pinang berbuka puasa dengan menikmati juadah gulai daging kawah dalam talam secara beramai-ramai, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Pengunjung Karnival Ma­habbah Ramadan Syawal di sini petang semalam teruja apabila dijamu dengan hida­ngan kampung dalam talam ketika berbuka puasa.

Selain berpeluang me­nik­mati gulai daging kawah resipi istimewa, pengunjung juga dihidangkan dengan nasi dan lauk-pauk seperti ikan masin, sayur-sayuran dan pencuci mulut termasuk tembikai, kurma dan kuih-muih tradisional dalam talam yang sama.

Bagi seorang pengunjung, Khairuddin Abdul Samad, 40, ini kali kedua dia menghadiri acara berbuka puasa secara beramai-ramai di karnival berke­naan.

“Kali pertama dua tahun lepas. Masa itu, saya masih ingat, tetamu disediakan de­ngan hidangan istimewa iaitu kurma kepala kambing. Memang lain daripada yang lain,” katanya yang datang bersama keluarga untuk membeli kelengkapan raya.

Sementara itu, penganjur karnival, Zaini Aboo Hassan memberitahu, pihaknya menyediakan sehingga 400 talam hidangan gulai daging kawah pada majlis berbuka puasa tersebut.

Katanya, selain pengunjung karnival, turut memeriahkan majlis berbuka puasa itu ialah kira-kira 100 penunggang mo­tosikal daripada dua buah kelab permotoran.

“Ini (majlis berbuka puasa secara beramai-ramai) adalah sebahagian daripada perancangan kami untuk karnival kali ini dan saya menjangkakan pada minggu terakhir nanti, para pengunjung yang berbuka puasa di sini akan dihidangkan dengan satu hidangan yang lebih istimewa,” katanya.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×