Bekas penjawat awam cabul rakan sekerja kekal dipenjara

Bekas penjawat awam cabul rakan sekerja kekal dipenjara

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap seorang bekas penjawat awam yang dituduh mencabul rakan sekerja wanita, 15 tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Supang Lian yang turut bersidang bersama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K. Muniandy selepas mendapati keputusan yang dibuat terhadap Zolkapli Long @ Mohamad, 58, adalah tepat.

Pada 12 Mac 2023, Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan rayuan pihak pendakwa bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Langkawi bertarikh 24 Februari 2022 yang membebaskan dan melepaskan Zolkapli daripada pertuduhan itu di akhir kes pembelaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perayu sebelum ini didakwa mencabul rakan sekerja wanitanya (berusia 19 tahun ketika itu) di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Langkawi, Kedah, pada pukul 2.45 petang, pada 20 Oktober 2011 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Semasa membacakan keputusan itu, Muniandy berkata, panel berpuas hati secara keseluruhan keterangan yang dikemukakan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan memutuskan kesalahan tersebut telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan munasabah.

“Hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan dan menilai semua keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret dalam membuat dapatan bahawa perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kesalahannya.

“Mahkamah juga mendapati terdapat jurang masa selama 15 tahun sejak kejadian itu dan lapan tahun sebelum pertuduhan difailkan. Keadaan ini mewajarkan hukuman lebih ringan daripada kebiasaan, memandangkan tempoh perbicaraan yang panjang merupakan suatu bentuk hukuman terhadap tertuduh.

“Bagaimanapun, mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan tetap perlu dikenakan sebagai pengajaran dan teladan kepada semua pihak,” katanya.

Peguam bela, Muhammad Nizam Zaidi mewakili perayu manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abdul Karim @ Husaini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini