Penurunan USD pengaruhi dividen KWSP

Penurunan dolar AS pengaruhi dividen KWSP

KWSP juga merekodkan hampir 441,850 ahli baharu pada separuh pertama, menjadikan jumlah keahlian menghampiri 18.5 juta dengan ahli aktif meningkat kepada 10.9 juta dengan nisbah ahli aktif kepada tidak aktif bertambah baik kepada 59:41.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada kadar dividen tahun ini, kata penganalisis.

Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, KWSP yang mempunyai sebahagian besar pelaburannya dalam dolar AS terpaksa menyesuaikan pendapatan bersih berikutan penurunan nilai mata wang itu.

“Apabila dolar AS menyusut, nilai pelaburan dalam mata wang asing turut menurun, sekali gus memberi kesan kepada dividen yang boleh diagihkan kepada ahli,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, walaupun ringgit menunjukkan pengukuhan berbanding dolar AS, peningkatan nilai mata wang tempatan sebenarnya tidak memberi faedah kepada pelaburan KWSP.

“Sebaliknya, lebih 40 peratus daripada pelaburan KWSP berada dalam dolar AS dan apabila mata wang asing itu menurun, nilai pelaburan tersebut turut terjejas.

“Ini menekankan kepentingan pengurusan pelaburan KWSP dalam meminimumkan risiko mata wang asing untuk memastikan kestabilan dividen kepada pencarum,” katanya.

KWSP mengumumkan kadar dividen lebih rendah sebanyak 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.

Jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional melibatkan RM67.1 bilion dan RM12.5 billion untuk Simpanan Syariah, menjadikan keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk 2025 adalah RM79.6 bilion.

Barjoyai berkata, kadar dividen itu dianggap memadai memandangkan cabaran pasaran semasa.

“Alhamdulillah, kita patut menerima 6.15 peratus ini dan mungkin berharap prestasi pelaburan tahun hadapan lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, semakin mencabar untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi dari tahun lalu, tetapi ia masih stabil dan kekal tertinggi berbanding institusi pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang lain.

“KWSP sebelum ini tiada sebarang komitmen untuk mengkreditkan sepenuhnya kepada akaun 3, walaupun ada pelbagai cadangan dari umum.

“Mungkin KWSP melihat dari sudut jangka panjang terutama untuk para pencarum lain dan kesan gandaan dividen tahunan mesti diteruskan supaya bertambah jumlah secara pasif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini