Setiap anggota cerminan kepada ATM, institusi diraja

Setiap anggota cerminan kepada ATM, institusi diraja

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar mengukuhkan jati diri serta berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab.

Baginda menegaskan bahawa, pembinaan jati diri yang kukuh, tahap profesionalisme yang tinggi, serta integriti yang tidak berbelah bahagi merupakan teras utama kekuatan angkatan tentera.

“Setiap anggota adalah cerminan kepada Tentera Darat dan institusi diraja, justeru sahsiah, amanah, serta maruah pasukan hendaklah sentiasa dipelihara dan dijunjung dengan penuh rasa tanggungjawab serta kehormatan,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bertitah demikian berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah.

Baginda menegaskan, bahawa amanah yang dipikul oleh setiap anggota tentera menuntut pengorbanan yang besar serta iltizam yang tinggi.

“Komitmen, keberanian dan kesetiaan yang dipamerkan oleh seluruh warga angkatan bersenjata bukan sahaja amat dihargai, malah menjadi tunjang kepada kestabilan, kedaulatan dan keamanan negara.

“Penghayatan nilai kerohanian, kepimpinan berteraskan teladan serta penekanan terhadap aspek kebajikan turut berperanan penting dalam membentuk disiplin, kesabaran dan keikhlasan dalam diri setiap anggota.

“Anggota tentera yang mantap rohaninya akan lebih tabah, berprinsip dan berdaya tahan dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan,” titah baginda.

Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda yang berada di Sandakan bagi mengetuai Eksesais Perlis-Sabah (PERBAH) 2026 disambut oleh Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah serta Pegawai Memerintah 22 RAMD, Leftenan Kolonel Khairull Nizam Basar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini