Lebih RM9 bilion laksana 29 projek tebatan banjir

Lebih RM9 bilion laksana 29 projek tebatan banjir

FADILLAH Yusof- JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM9.377 bilion disalurkan kerajaan bagi melaksanakan 29 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Pantai Timur sebagai langkah menangani risiko banjir susulan luruan monsun yang dijangka berterusan hingga Mac 2026.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada 140 projek RTB yang telah diluluskan di seluruh negara termasuk projek baharu dan sambungan.

“Di Sabah, sebanyak 15 projek bernilai RM1.49 bilion sedang dilaksanakan manakala di Sarawak melibatkan 10 projek dengan kos RM3.34 bilion yang kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya pada sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung penambahbaikan dan jumlah peruntukan bagi pengurusan banjir serta perubahan iklim di kawasan berisiko tinggi khususnya di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, selain pendekatan struktur seperti pembinaan ban sungai, tembok banjir, kolam takungan dan sistem pam, kementerian turut melaksanakan pendekatan bukan struktur menerusi Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB).

“Sebanyak 14 PITB telah dan sedang dilaksanakan di kawasan Pantai Timur manakala Sabah dan Sarawak masing-masing melibatkan 12 pelan,” katanya.

Tambah beliau, reka bentuk projek RTB kini turut mengambil kira faktor perubahan iklim atau Climate Change Factor (CCF) dalam pengiraan teknikal bagi memastikan infrastruktur dibina lebih berdaya tahan terhadap peningkatan intensiti hujan.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko banjir termenung khususnya di kawasan rendah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menempatkan 606 unit pam bergerak di seluruh negara sebagai langkah sokongan mempercepatkan pengepaman air ketika hujan lebat
berterusan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini