Dakwaan kerajaan diam isu hina agama tidak berasas

Dakwaan kerajaan diam isu hina agama tidak berasas

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Katanya, Malaysia sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, tindakan diambil berdasarkan proses perundangan, bukan tekanan emosi atau persepsi menerusi media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Anwar menggesa semua pihak agar menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada pihak berkuasa serta tidak membuat spekulasi atau kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian awam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman bagi membantu siasatan berhubung kes menghina agama Islam dengan memijak al-Quran.

Semalam, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes tersebut.

Reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu disambung hingga 3 Mac ini selepas menerima arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini