Peguam dakwa tindakan SPRM dedah butiran anak-anak Daim berniat jahat

Peguam dakwa tindakan SPRM dedah butiran anak-anak Daim berniat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiarkan butiran peribadi empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr. Daim Zainuddin disifatkan sebagai berniat jahat dan menimbulkan persepsi seolah-olah mereka gagal dikesan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan bersama peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh yang mewakili Amir Daim Zainuddin dan Amin Daim Zainuddin, tindakan SPRM menyiarkan nama, gambar serta alamat kediaman anak guam mereka secara terbuka adalah melulu dan tidak wajar.

“SPRM sedia maklum bahawa anak guam kami diwakili peguam dan sentiasa berkomunikasi dengan pihak suruhanjaya. Anak guam kami juga memberikan kerjasama sepenuhnya dan tidak pernah cuba mengelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, notis telah diserahkan pada 25 Februari lalu bagi membolehkan mereka menghadiri sesi temu duga yang dijadualkan pada 11 Mac.

“Namun begitu, SPRM tetap mengeluarkan siaran media berkenaan hanya dua hari selepas notis tersebut disampaikan,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan bahawa SPRM sedang mengesan empat anak Allahyarham Tun Daim bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Selain Muhammed Amir dan Muhammed Amin, dua lagi yang dinamakan ialah Asnida Abdul Daim dan Md. Wira Dani Abdul Daim.

Kenyataan SPRM itu turut memaparkan gambar serta alamat terakhir mereka di Kuala Lumpur dan Selangor.

Peguam-peguam itu berkata, SPRM tidak mempunyai sebarang asas untuk mengeluarkan notis berkenaan sehingga menimbulkan tanggapan awam bahawa anak guam mereka kononnya melarikan diri atau mengelak daripada siasatan.

Malah, mereka mendakwa, SPRM sengaja mengeluarkan kenyataan berkaitan anak-anak Daim bagi mengalihkan perhatian daripada tuntutan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan berhubung dakwaan terhadap Tan Sri Azam Baki dan SPRM.

“Ini bukan lagi satu siasatan yang adil oleh SPRM, sebaliknya merupakan ‘perbicaraan oleh media’ dan satu cubaan yang jelas untuk mencemarkan reputasi Allahyarham Daim serta anak-anaknya.

“Persepsi awam kini akan cenderung negatif terhadap keempat-empat individu tersebut yang sejak 2022 sehingga kini belum didakwa atas sebarang kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini