Bayi menangis di tepi kereta terbakar

Bayi menangis di tepi kereta terbakar

KEADAAN kereta mangsa yang terbalik di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat, semalam. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Bayi perempuan berusia 10 bulan menangis di tepi sebuah kereta yang sedang terbakar selepas kenderaan itu yang dinaiki ibu bapa bayi tersebut terbalik di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat sini pagi semalam.

Kemalangan berlaku pada pukul 2.40 itu dipercayai tidak melibatkan kenderaan lain, sebaliknya kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan terbabas selepas salah satu tayarnya pecah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan seorang lelaki berusia 26, seorang wanita berusia 41, serta seorang bayi perempuan berusia 10 bulan.

“Ketika dalam perjalanan ke Parit Raja dari Batu Pahat, kereta dinaiki tiga beranak terlibat dalam kemalangan. Siasatan awal mendapati tiada kenderaan lain terlibat sebaliknya kemalangan disebabkan tayar pecah sebelum kereta itu hilang kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Shahrulanuar, pemandu lelaki mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri manakala isterinya cedera di kepala, kedua-duanya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Bayi perempuan pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dirawat di Zon Merah, hospital sama,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian itu tular dalam media sosial menerusi satu rakaman video berdurasi 53 saat yang turut merakam bunyi tangisan bayi perempuan itu berhampiran kereta yang sedang terbakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×