Kapten bola sepak selamatkan burung camar atas padang

Kapten bola sepak selamatkan burung camar atas padang

TANGKAP layar Gani Catan melakukan CPR ke atas seekor burung camar yang terkena bola semasa perlawanan di Istanbul.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang pemain bola sepak Turkiye mendapat perhatian media apabila sempat memberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada seekor burung camar selepas ia terkena bola semasa perlawanan di Istanbul minggu ini.

Kejadian berlaku apabila burung camar yang terbang rendah tersangkut di laluan tendangan jauh penjaga gol Istanbul Yurdum Spor semasa perlawanan playoff amatur menentang Mevlanakapi Guzelhisar, menurut seorang pegawai kelab kepada AFP pada Selasa.

Apabila burung itu jatuh ke tanah, Kapten Istanbul Yurdum Spor, Gani Catan segera berlari dan mula melakukan CPR asas, menekan dada burung itu, menurut rakaman yang dihantar kepada AFP oleh Pengurus Pasukan, Fatih Buyuk.

“Saya nampak sesuatu jatuh dan sedar ia seekor camar. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah urutan jantung, kerana ia tidak dapat bernafas, jadi saya hanya mencuba nasib,” kata Gani kepada agensi berita Anadolu.

Apabila burung itu mula bernafas, dia membawanya keluar dari padang dan menyerahkannya kepada pasukan perubatan yang menguruskan rawatannya.

Situasi itu turut membuat pengulas perlawanan, Onur Ozsoy teruja, menyifatkannya detik yang jarang dilihat dalam sejarah bola sepak. 

Burung camar itu dilaporkan sudah kembali berdiri, tetapi mengalami kecederaan pada sayap dan tidak akan dapat terbang dalam masa terdekat..

Walaupun berjaya menyelamatkan burung itu, pasukan Istanbul Yurdum Spor tewas dalam perlawanan itu dan tersingkir daripada playoff. Namun, kekalahan itu tidak menjejaskan semangat Gani.

“Kami terlepas kejuaraan, tetapi ia satu perkara yang indah kerana berjaya menyelamatkan nyawa. Ini lebih penting daripada kejuaraan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×